Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Saturday, March 29, 2008

20 Meter Padu Air Free... Best Tul Korang...


Tahniah buat rakyat negeri Selangor..

Selepas kejayaan Barisan Rakyat dalam PRU12, habuan telah diberikan kepada seluruh rakyat negeri sebagai tanda penghargaan dan sokongan rakyat kepada pimpinan baru yang menerajui negeri Selangor... Setelah dikaji oleh kerajaan negeri, sebanyak 20meter padu air percuma kepada seluruh warga Selangor mulai Jun ini..

Sebagai student civil plak, aku tertarik dengan isu pemberian air percuma yg telah dibangkitkan.. Sebenarnya, setiap penduduk secara puratanya menggunakan 225 liter air setiap hari untuk kegunaan mandi, membasuh, minum, memasak dan lain2...

Secara purata pula, isi rumah untuk penduduk Malaysia ialah 5 orang... jadi dalam masa sebulan
penggunaan air sebuah rumah ialah (225 liter/hari x 5 orang x 30 hari/bulan) = 33750 liter iaitu bersamaan 33.75 meter padu... jadi, 20 meter padu mampu menampung sebuah rumah untuk jangka masa lebih 15 hari!

Sangatlah beruntung rakyat Selangor terutamanya golongan miskin yang tentunya ternanti2 usaha kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri selama ini... semoga kera2 BN eh, kerajaan2 negeri lain (terutamanya yg diperintah BN) dpt mencontohi dan mengambil iktibar daripada perkara ini... (Kerajaan PAS dan negeri2 BA yang lain pun dah mengorak langkah memberi khidmat kebajikan kpd rakyat seperti memansuhkan lesen peniaga, saman majlis bandaran, serta tidak lupa, tiket bola percuma...) syabas kawe ucapkan!!!

Oleh yang demikian, walaupun kalian (penduduk Selangor) bakal mendapat bekalan air percuma mulai Jun 2008 ini, aku nasihatkan supaya berjimat2lah air, bukan bermakna air 'free' itu menjadi lesen utk kalian membazir, tapi, renungi dan hargailah anugerah air yg Allah kurniakan kerana ianya sangat mahal nilainya untuk kehidupan..

p/s: Walau apapun, aku masih berbangga aku rakyat negeri Perak.. ber'MB'kan seorang engineer islamic yang sgt dihormati lagi disegani.. alhamdulillah.. insyaAllah, suatu hari nanti, Perak juga bakal menerima air percuma di bawah pentadbiran seorang engineer yang bijaksana... =) Takbir!! Allahuakbar!!!

5 comments:

Azwadi_net said...

Welcam to da blogging world, fahkrul... Hehehe. Taruk aku nye link skali ..

http://azwadi.live.spaces.com

Azwadi_net said...

wei... Bila perak nak wat air pree pulak??

fradzar said...

insyaAllah.. tak lama lagi Perak pon free jugak.. =)

Aneroid said...

Tahniah dapat MB baru yang super genius... kawe pun dapat MB baru jugak. Wadi pun 'gembira' dpt MB baru...

fradzar said...

huhu.. tq2.. sian wadi, takpa2, mat said tu kejap ja kot.. =P