Jangan politikkan agama! Agama tidak
boleh dicampurkan dengan politik!
Islam itu suci, politik itu kotor!
Jangan cakap politik di dalam masjid
atau surau! Inilah sebahagian daripada
perkataan yang sering kita dengar dari
mulut pemimpin yang jahil terhadap
Islam. Inilah kesannya apabila
pemimpin sekular yang memerintah,
racun sekularisme iaitu suatu
kefahaman yang memisahkan agama dari
kehidupan terus menjadi pegangan.
Pemikiran yang sebeginilah yang
diinginkan dan yang disukai oleh
kuffar Barat. Terutamanya jika
pemikiran ini dimiliki dan
diperkembangkan oleh mereka yang
menjadi penguasa dan pemimpin umat
Islam. Pemimpin yang sebeginilah yang
diinginkan oleh Barat supaya mereka
terus menjadi boneka dan penjilat
kepada sistem demokrasi yang
dicanangkan di negeri umat Islam.
Mereka telah tumbang di lima buah
negeri, namun kejahilan dan perasaan
takut akan agama dan politik terus
bersemadi dalam diri pemimpin mereka.
Akibatnya, negeri yang tidak
diperintahnya pun diingatkan agar
memisahkan antara politik dan agama.
Tidak ada bezanya pemikiran sebegini
dengan pemikiran yang dibawa oleh
Barat, yakni agama dan politik mesti
di asingkan. Sungguh gembira jika
Barat mendengar apa yang diucapkan
oleh pemimpin yang beragama Islam ini.
Bush, Brown, Putin dan lain-lainnya
tidak perlu bersusah payah untuk
datang ke negeri-negeri umat Islam
untuk menyampaikan pemikiran yang
sebegini kerana pemimpin dari kalangan
umat Islam sendiri yang secara sedar
mahupun tidak telah menjadi jurubicara
untuk menyampaikan pemikiran sekular
ini di tengah-tengah umat Islam.
Wahai mereka yang masih lagi
dilingkungi oleh pemikiran sekular!
Apakah anda tidak memahami bahawa
Islam itu adalah suatu ajaran yang
menyentuh seluruh kehidupan manusia
sama ada persoalan politik,
pemerintahan, ekonomi, sosial,
pendidikan dan lain-lainnya? Apakah
anda tidak pernah membaca dan
mendengar hadis nabi yang melafazkan
perkataan “siyasah” yang bermaksud
politik?
Jika pemimpin sekular ini faham bahawa
maksud politik adalah ri’ayat asy-
syu’un al-ummah (mengurusi urusan
umat), berkecimpung dalam politik
bererti memperhatikan keadaan kaum
Muslimin dan menguruskan mereka, maka
tidak akan timbul persoalan Islam itu
akan dipolitikkan oleh mana-mana
pihak. Ya! Memang Islam itu agama
untuk seluruh manusia dan bukan hanya
untuk bangsa dan golongan tertentu
sahaja kerana Rasulullah SAW diutuskan
untuk seluruh manusia. Dan sememangnya
menjadi tanggungjawab pemerintah untuk
menjaga dan memberikan keadilan yang
sama kepada semua warga negara tanpa
mengira Muslim mahupun kafir. Dan
keadilan hanya akan dapat dicapai
apabila sistem Islam diterapkan secara
kaffah dengan membawa politik Islam ke
dalam kehidupan, bukan dengan
memisahkannya dari agama seperti
ajaran sekular.
Allah's Words..
Mari Cuba Try Test Baja POWER!
Blog Headlines
Friday, March 28, 2008
Politik Dan Agama Perlu Dipisahkan Ke???
by
fradzar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment