Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Saturday, March 29, 2008

20 Cara Beristirehat...



Sejak akhir-akhir ini adakah anda
mengalami kesukaran untuk merehatkan
badan di samping menenangkan fikiran?

Jika anda terlalu dibebani dengan
pekerjaan, mengejar masa ataupun
menghadapi masalah, adalah amat penting
untuk anda berehat bagi memulihkan
semula tenaga dan kekuatan anda yang
semakin berkurangan itu. Jika dibiarkan
tekanan atau bebanan itu berlarutan,
keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan
anda.

Orang yang mendapat rehat yang
secukupnya boleh berfungsi jauh lebih
baik daripada mereka yang tidak berehat.
Minda dan badan yang cergas bukan sahaja
boleh membuatkan anda rasa sihat dan
selesa malah boleh memberi anda tenaga
untuk menjalankan tugasan harian.

Oleh itu, luangkan masa untuk berehat.
Mulakan dengan memilih salah satu
daripada 20 cara yang berikut:

- Membaca buku-buku yang berbentuk
fiksyen serta buku-buku berunsur hiburan
boleh menolong menenangkan fikiran.

- Mendengar lagu-lagu kegemaran anda.
Biarkan muzik lunak yang berkumandang di
sekeliling anda itu menjadi halwa
telinga dan seterusnya membuatkan diri
anda berasa tenang dan selesa.

- Menonton filem yang menarik di rumah
ataupun pawagam, sama ada bersendirian
atau berkumpulan boleh membantu.

- Adakan sesi karaoke bersama
teman-teman anda dan menyanyilah
ramai-ramai. Tetapi lakukan sesi ini
pada waktu yang bersesuaian dan tidak
mengganggu jiran tetangga anda!

- Bersenam merupakan salah satu cara
yang baik untuk mengurangkan tekanan
contohnya berjoging atau berlari.

- Menari juga adalah kaedah bersenam.
Anda tidak perlu menjadi Ricky Martin
untuk melakukannya.

- Anda tidak perlu membeli-belah. Cukup
sekadar menjamu mata menyaksikan
barangan yang dipamerkan, ia boleh
memuaskan hati.

- Bersiar-siar di taman sambil menghirup
udara yang segar dan menikmati keindahan
alam semula jadi.

- Bersembahyang dan mendekati tuhan
boleh memulihkan semangat dan memberikan
ketenangan kepada anda.

- Menyertai chat di Internet untuk
mendapatkan teman baru atau berbual
dengan teman lama anda melalui telefon.

- Sesi gelak ketawa. Ajaklah teman-teman
baik berkumpul untuk minum teh tarik
misalnya, dan berkongsi kisah-kisah
silam yang melucukan.

- Menulis surat kepada teman anda yang
tidak mempunyai kemudahan Internet atau
kepada teman yang sudah lama tidak anda
hubungi. Berkomunikasi secara ini
mungkin boleh membantu anda meluahkan
perasaan dengan lebih terperinci
berbanding menggunakan kaedah percakapan.

- Menyimpan diari. Menulis dikatakan
satu cara terapi bagi orang yang sukar
mengatakan apa sebenar yang mereka
fikirkan. Mencatatkan apa yang berlaku
kepada diri anda bukan sahaja dapat
membantu anda mengenali diri malah dapat
juga memastikan apa yang tersirat di
hati dan minda anda.

- Bermain dengan binatang peliharaan
anda. Jika tidak mempunyai binatang
peliharaan, inilah masanya untuk anda
mendapatkannya. Anda boleh memilih
sebarang haiwan untuk dijadikan
peliharaan, contohnya kucing, ikan,
arnab, ular atau apa sahaja yang menjadi
kesukaan asalkan ia tidak menyusahkan
orang lain!

- Percutian di destinasi tertentu dapat
memberikan ketenangan di samping anda
berpeluang memulihkan tenaga. Anda akan
lebih bermotivasi untuk memulakan tugas
sekembalinya daripada percutian.

- Bercucuk tanam sama ada sayur-sayuran,
buah-buahan atau bunga-bungaan. Anda
pasti merasakan satu kepuasan apabila
melihat tanaman bercambah dan membuahkan
hasil.

- Memancing. Carilah satu tempat yang
sunyi untuk melakukan aktiviti ini. Sama
ada berteman atau tidak, ia terpulang
kepada anda. Anda boleh memancing di
tepi sungai, di laut atau kolam-kolam
menangkap ikan komersial seperti yang
terdapat di bandar-bandar besar. Tidak
kira di mana anda dapat mencampakkan
mata kail anda itu, pastikan ia tidak
menyalahi undang-undang.

- Bermain dengan anak-anak. Anak adalah
anugerah Tuhan dan kehadiran mereka
mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak
hanya untuk bekerja.

- Tidur yang mencukupi adalah amat
mustahak. Badan yang letih akan
dipulihkan pada waktu kita tidur. Tidur
seketika (nap) pada waktu tengah hari
dapat juga membantu, itupun sekiranya
anda berpeluang berbuat demikian!

- Memastikan keadaan mental dan fizikal
yang mantap adalah tanggungjawab anda.

Jika rehat diperlukan pastikan ia
benar-benar berlaku. Jika anda rasakan
gaya rambut yang baru, diurut atau
mencantikkan kuku tangan dan kaki anda
boleh menenangkan, lakukannya!

No comments: