Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Saturday, March 29, 2008

Pengaruh Amerika di Malaysia




Sebagai Muslim, kita mesti sedar
bahawa musuh Islam tidak pernah leka
memerhatikan kita. Mereka senantiasa
berusaha agar umat Islam sentiasa
berpecah belah dan mereka berusaha
untuk masuk campur ke dalam urusan
umat Islam dalam apa keadaaan
sekalipun. Justeru, dalam kekecohan
seperti ini, tidak hairanlah jika
musuh-musuh Islam khususnya Amerika
akan mengambil kesempatan untuk
melebarkan pengaruh dan
kepentingannya. Tambahan pula, keadaan
politik yang wujud sebelum peliharanya
memperlihatkan bahawa kerajaan
Malaysia tidak sepenuhnya memenuhi
kehendak Amerika (secara langsung),
walaupun secara pemikiran dan hukum-
hakam, Baratlah yang menjadi kiblat
bagi parti pemerintah yang sekular.

Sebagai contoh, ‘kegagalan’ Malaysia
(setakat ini) menandatangani Free
Trade Agreement (FTA) dengan AS, telah
mengecewakan Amerika yang ingin
menguasai ekonomi Malaysia secara
langsung, walaupun hakikatnya Malaysia
telah lama mengamalkan sistem ekonomi
Kapitalis. Oleh sebab desakan yang
kuat dari banyak pihak, kerajaan
Malaysia nampaknya lebih berhati-hati
dalam menangani isu tersebut. Para
penganalisis telah pun mengatakan
bahawa sekiranya perjanjian ini
ditandatangani, ia akan menyebabkan
lebih ramai rakyat Malaysia hilang
pekerjaan, hak pekerja akan terhakis
dan ia membuka peluang kepada syarikat
Amerika untuk menguasai ekonomi
Malaysia [The Associated Press,
18/3/2007]. Sebelum itu, Malaysia juga
telah menolak campur tangan Amerika
secara langsung dalam pengawasan Selat
Melaka.

Sejak diberi kemerdekaan oleh British,
pemerintah yang ada terus menjadikan
negara kufur British ini sebagai
kiblat politik dan pemikiran mereka.
Perkara ini berlanjut hinggalah
sekarang. Amerika sedar akan hakikat
ini dan sebagai kuasa nombor satu
dunia, AS berusaha untuk memalingkan
kiblat Malaysia kepada mereka. Usaha
AS untuk campur tangan di dalam hal
ehwal Malaysia bukanlah suatu yang
baru. Sejak dahulu lagi, kita dapat
melihat AS memanifestasikan usaha ini.
Ketika Mahathir memerintah, mantan
Naib Presiden Amerika, Al Gore,
mengaibkan Mahathir pada tahun 1998
dengan menyelar tindakan beliau
memenjarakan Anwar. Setelah itu,
mantan Timbalan Setiausaha Pertahanan
Amerika, Paul Wolfowitz, pula menemui
Anwar ketika beliau mendapat rawatan
di Jerman sebaik sahaja dibebaskan
dari penjara. Amerika cuba menunjukkan
sokongan padu kepada Anwar Ibrahim
dengan harapan jika Anwar berjaya
menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka
kerjasama (atau lebih tepatnya
penguasaan) Amerika terhadap Malaysia
dapat direalisasikan.

Ketika isu Hindraf memanas,
Suruhanjaya Kebebasan Beragama
Antarabangsa yang ditubuhkan oleh
kongres Amerika telah mengecam
Malaysia kerana merobohkan kuil-kuil
Hindu dan mendakwa kerajaan melakukan
diskriminasi ke atas golongan minoriti
agama-agama lain. Di luar negara,
Suruhanjaya tersebut mendesak Bush
supaya membangkitkan perkara ini
kepada kerajaan Malaysia dan
menegaskan supaya diambil langkah-
langkah segera untuk melindungi tempat-
tempat ibadat tersebut. Menteri Luar
Malaysia, Syed Hamid Albar, dalam
menjawab tuduhan yang dilemparkan,
menolak campur tangan Amerika dan
mengkritik Amerika yang sewenang-
wenangnya mempersoalkan hak asasi
manusia di negara lain, sedangkan
mereka sendiri banyak mencabulinya.
Pihak-pihak yang cuba menangguk di air
keruh pula menyeru Amerika supaya
mengenakan sekatan ekonomi ke atas
Malaysia. Sementara itu, di dalam
negara, Anwar dilihat menjadi ‘hero’
penyelamat bangsa India yang dikatakan
tertindas.

Begitu juga dengan masalah kemiskinan
dan diskriminasi di Malaysia yang pada
hakikatnya telah berlaku sejak sekian
lama; perkara ini dengan sengaja
dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu
menjelang pilihan raya dalam usaha
Amerika untuk mewujudkan
ketidakstabilan. Amerika, melalui
agennya Singapura, juga telah
mengirimkan diplomat untuk berunding
dengan pihak pembangkang di Johor
sebulan sebelum pilihan raya. Namun
begitu, perlu diingati, meskipun
terdapat banyak usaha campur tangan AS
dalam hal ehwal Malaysia, hakikatnya,
pihak kerajaan mahupun pembangkang
juga banyak menjalin hubungan baik
dengan Amerika dari masa ke semasa.
Dari segi pemikiran dan sistem
pemerintahan pula, sistem demokrasi
yang menjadi agenda perjuangan utama
Amerika untuk diamalkan di negara umat
Islam, bermati-matian diterap dan
dipertahankan oleh parti politik yang
ada, baik pemerintah mahupun
pembangkang. Di lihat dari sudut ini,
Amerika telah pun berjaya ‘menguasai’
sebahagian besar umat Islam di
Malaysia.

4 comments:

Cucu Adam said...

I am to new to blog, and perhaps you could have a look at my blog, and suggest how I should organise it and get my blog links to other blogs. I am just not sure how to get link to other blogs. Can you help.

Thanks

Goodbye for now and take care

fradzar said...

okay.. i'll guide u there.. dont worry... =) insyaAllah..

Cucu Adam said...

Thanks Fradzar:

I am learning something. I hope to improve my blog.I hope you will share with me the ways to make my blog to appear better.

I feel your blog is great.

fradzar said...

My pleasure.. =)

Thanks for the compliment Cucu Adam..

Im learning to improve my blog page by myself slowly..

I hope u can too.. insyaAllah..

Just look at the html code at the customization tab.. U have to study the code very carefully to see how the scripts and coding works..

Maybe it takes sometimes because u have to make "try and error" experiments to understands those scripts.. But at the end of the day, u will understand, feel great and more anxious to know about it.. =)