Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Sunday, March 30, 2008

Suami MITHALI Idaman Isteri...



Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk
menjadikan diri sebagai orang
dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan
menarik tetapi hadir dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan
sehingga menjadi teladan kepada
semua - disayangi isteri, dihormati
anak-anak, disanjung keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia
akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti
ramai yang bakal menjadi
pemujanya. Namun berusahalah menjadi
lelaki yang sempurna dan cuba
memenuhi apa yang diinginkan wanita.
Jika anda mengidam mendapat
pasangan yang memenuhi segalanya, tidak
salah sekiranya mencuba untuk
menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak
memenuhi aspirasi berkenaan dan
anda mungkin mampu memenuhinya jika
piawaian yang anda ada menepati
apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri
anda, tentunya anda lelaki paling
bahagia di dunia ini kerana mampu
memenuhi kehendak masyarakat, agama
dan meletakkan kesempurnaan diri pada
tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri
atau petua yang dititipkan ini
ada pada diri anda atau sememangnya ia
sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi
suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami
yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga,
bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan
terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang
terbaik.

3. Suami "mithali" menjadi
kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa. Cuba tanya
diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual
dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat
berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan
isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan
bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan
bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan
isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja
ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu
semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS
sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri.
Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan
ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan
bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati
isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari.
Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan
menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual
perkara yang melalaikan semasa
makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali
sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat
mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah.
Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan
kasih sayang dan membahagiakan
pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap
mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan, mengeratkan
hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun,
kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang
mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat
dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai
contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri
mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan
nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira.
Ini menyebabkan isteri derita
dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri.
Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan
situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah
Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan
rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja
menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti
keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan
keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif.
Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu
adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia
rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga
isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam
sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk
syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah
dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara
ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung,
hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
"role model". Hidupkan amalan
sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama
rasul apabila mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri
daripada orang lain. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang
melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan
ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon atau SMS bagi
mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan sunat.
Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai
tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi
tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif.
Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami
berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri
akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi
terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga
mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada
keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang
yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat
keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan
sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja.
Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat
sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.

No comments: