Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Monday, March 31, 2008

Pengaruh Amerika di Malaysia (Bhgn. 2)


Pada hakikatnya, campur tangan Amerika
di serata dunia baik secara langsung
mahu pun tidak telah diketahui umum.
Sebagai contoh, Amerikalah yang
membolehkan agen-agennya seperti
Marcos di Filipina dan Suharto di
Indonesia untuk memegang kekuasaan.
Amerika jugalah yang menggulingkan
mereka melalui agen-agennya yang lain.
Amerika juga kerap campur tangan dalam
pilihan raya di serata dunia untuk
memastikan agen-agennya memerintah.
Contohnya, Amerika secara terbuka
menyokong Viktor Yuschenko untuk
memenangi pilihanraya Ukraine dan
menentang Ahmedinejad dalam pilihan
raya Iran. Di sinilah umat Islam,
khususnya gerakan-gerakan Islam perlu
berhati-hati dengan agenda Amerika
agar memastikan pemimpin mereka bukan
terdiri dari orang yang baik dengan
Amerika apatah lagi yang tunduk kepada
kehendak Amerika.

Dalam konteks Nusantara, Amerika tidak
ingin melihat mana-mana negara kaum
Muslimin di rantau ini menjadi kuat
kerana sememangnya ia bimbang dengan
kebangkitan Islam yang sudah semakin
rancak. Tambahan pula, terdapat lebih
kurang 250 juta Muslim berada di
rantau ini di mana Indonesia adalah
negara kaum Muslimin yang terbesar di
dunia dan negara keempat terbesar dari
segi jumlah penduduk dunia. Indonesia
dan Malaysia sudah pasti akan menjadi
kekuatan yang berpengaruh di Timur
Jauh sekiranya Indonesia dan Malaysia
benar-benar mengambil Islam sebagai
sistem pemerintahan. Bergabungnya
Indonesia dan Malaysia membentuk
Daulah Khilafah sudah pasti akan
menakutkan Amerika kerana potensi
kekuatan yang dimiliki dan penguasaan
selat Melaka oleh Khalifah akan
berjaya melemahkan Amerika. Insya
Allah. Konferensi Khilafah besar-
besaran yang diadakan di Jakarta pada
tahun 12 Ogos 2007 (28 Rejab 1428H)
yang menyaksikan kehadiran 100,000
umat Islam dari serata dunia telah
menguatkan lagi kebimbangan Amerika
dan mendorong mereka untuk bersungguh-
sungguh menguasai pemimpin-pemimpin
Islam yang ada Islam di Nusantara agar
menjadi agen mereka.

Kekalutan Amerika bertambah apabila
hasil kaji selidik yang dilakukan oleh
University Maryland baru-baru ini
menunjukkan bahawa lebih daripada 50%
penduduk Indonesia menginginkan
Khilafah. Bush dalam ucapannya pada
6/1/2005 telah menyebut Nusantara
dengan jelas sebagai satu rantau yang
bakal dikuasai oleh Khilafah
memandangkan rancaknya kebangkitan
Islam. Katanya, dalam nada yang serius
dan penuh kebimbangan, "Penguasaan
mereka atas suatu negara akan menarik
persatuan semua kaum Muslim, yang
memungkinkan mereka boleh menjatuhkan
seluruh rejim di wilayah ini, dan
mendirikan rejim diktator
fundamentalis Islam dari Sepanyol
hingga Indonesia".

Dengan gambaran di atas, maka tidak
hairanlah jika AS akan mula
menggerakkan kekuatannya, melalui agen-
agennya, institusi-institusi
sokongannya dan pelbagai sumbernya
untuk campur tangan dengan lebih
agresif di dalam hal ehwal dalaman
Malaysia, khususnya di dalam mencari
dan menaikkan pemimpin yang boleh
menjadi agennya secara langsung. Dan
kita sedia maklum, suasana politik
Malaysia yang masih belum menentu ini
merupakan mangkin dan peluang yang
cukup besar bagi mereka.

Umat Islam, para ulama, para
pemerintah dan pelbagai gerakan Islam
khususnya mesti memahami bahawa AS
sangat faham dan licik di dalam
menjalankan agendanya ke atas umat
Islam. Umat Islam juga mesti memahami
bahawa siapa sahaja yang menghulurkan
tangannya kepada Amerika, bererti ia
telah bekerjasama dengan Amerika
laknatullah dan sekali gus dia telah
meletakkan batu penghalang bagi
kembalinya Islam ke tampuk
pemerintahan. Lebih khusus lagi, dia
akan menjadi penghalang utama (di
dalam negara) terhadap usaha untuk
kembali tegaknya Daulah Khilafah,
sebuah negara yang wajib bagi umat
Islam keseluruhannya.

Oleh itu, umat Islam haruslah
berwaspada terhadap seruan dan agenda
syaitan Amerika ini, dan hendaknya
umat Islam memutuskan hubungan dengan
mana-mana institusi mahupun individu
yang bekerjasama dengan Amerika. Kerap
kali kerjasama ini dihiasi dengan
hiasan ‘Islami’ dan ramai yang
terperangkap dengan pelbagai seruan
yang menonjolkan ’syiar-syiar Islam’,
walaupun pada hakikatnya, ini
hanyalah merupakan topeng kepada
rancangan jahat musuh Allah yang tidak
akan pernah padam! ‘Sistem Demokrasi’
tentunya akan menjadi seruan dan
agenda utama yang ‘evergreen’ bagi
syaitan Amerika ini untuk menarik
perhatian dan sokongan umat Islam
kepada mereka atau kepada agen yang
bakal mereka lantik nanti, dalam
rangka menghalang kembalinya sistem
pemerintahan Islam, yakni sistem
Khilafah.

Wahai kaum Muslimin! Berhati-hatilah
kalian terhadap musuh Allah dan siapa
sahaja yang bekerjasama dengan mereka.
Ketahuilah sesungguhnya usaha Amerika
dan sekutunya untuk menyekat
kembalinya Islam dan Khilafah akan
pasti mencapai kegagalan, kerana ini
adalah janji Allah dan RasulNya,

“Janganlah orang-orang kafir mengira,
bahawa mereka akan dapat lepas (dari
kekuasaan Allah). Sesungguhnya mereka
tidak dapat melemahkan (Allah)." [TMQ
al-Anfal (8):59]

“...kemudian akan kembali Khilafah ala
manhaj nubuwwah” [HR Ahmad]

No comments: