Dipetik dari Sabasun Hyper Runcit
Serangan tentera Amerika dan Gabungan negara-negara kafir yang didalangi oleh Israel ke atas negara-negara Islam menyebabkan Jutaan Nyawa terkorban.
Nyawa dan maruah Umat Islam menjadi begitu murah sekali. Palestin, Iraq dan Afghanistan menjadi mangsa penjajahan tentera kafir dalam keadaan yang sangat tragis.
Tujuan utama Gabungan tentera kafir yang diketuai oleh Amerika, England dan Israel adalah untuk menguasai minyak di Timur Tengah dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk menghancurkan umat Islam yang sedang lemah akibat perpecahan dan permusuhan sesama sendiri. Iraq merupakan negara yang mempunyai simpanan minyak yang kedua terbanyak dunia selepas Arab Saudi manakala Iran pula ketiga. Sebab itu tidaklah hairan jika Iran akan menjadi mangsa yang seterusnya. Tambahan pula Iran tidak menjual setitik minyaknya kepada Amerika. Sebahagian besar minyak Iran dieksport ke China, pesaing nombor satu ekonomi Amerika, yang membuatkan ”polis dunia” ini melenting. Bumi Hijjaz (Arab Saudi) juga berada dalam keadaan genting di mana musuh-musuh Islam yang terdiri dari gabungan tentera salib Amerika dan Eropah berserta dengan Zionis Israel semakin menghampiri dan mengepung secara sistematik.
Ratusan ribu umat Islam di Iraq dan Afghanistan telah dibunuh semata-mata untuk melaksanakan perancangan jahat Imperialis Neo Con Salib dan Yahudi Zionis. Afghanistan ditakluki semata-mata untuk memudahkan Amerika dan Eropah membina paip minyak untuk menyalur keluar minyak yang dirompak dari rakyat Iraq. Sebahagian minyak lagi disalurkan terus ke Israel. Beribu-ribu masjid juga telah dimusnahkan. Imam-imam serta para ulamak telah dicolek, disiksa dan dibunuh. Ada masjid yang telah dijadikan pusat pelacuran oleh tentera Amerika dan sekutunya. Perpustakaan-perpustakaan yang menempatkan kitab-kitab ilmu Islam yang tidak ternilai yang berusia ratusan tahun dibakar. Artifak-artifak lama dari tamadun Asyria dan Babylon yang berusia ribuan tahun di muzium-muzium Iraq yang bernilai berbilion ringgit dicuri dan dikeluarkan secara gelap dari Iraq ke pasaran Eropah.
Lama sebelum perang bermula, lebih setengah juta bayi dan kanak-kanak Iraq terkorban kerana kekurangan zat dan kemudahan perubatan akibat tindakan sekatan ekonomi yang dikenakan PBB atas desakan Amerika. Generasi yang sepatutnya menjadi harapan untuk mempertahan dan membangunkan negara pada masa depan telah habis dihapuskan secara sistematik. Sepanjang sekatan ekonomi, hampir semua jenis kemudahan yang diperlukan disekat sekeras-kerasnya termasuk kertas dan pen. Ini untuk memastikan generasi Islam di Iraq akan terus menjadi bodoh tanpa bahan pendidikan yang sempurna.
Apabila Amerika menceroboh Iraq, rakyat tempatan (yang kebanyakannya dari puak Syiah dan Kurdis) telah direkrut untuk menjadi askar-askar dan polis-polis boneka ciptaan Amerika. Mereka bersekongkol dengan penjajah kafir bersama-sama membunuh orang-orang Islam semata-mata untuk mendapat ganjaran yang sedikit. (Askar dan polis biasa dibayar gaji sebanyak USD 150 sebulan; dan wang gaji ini pula dibiayai oleh hasil minyak dan khazanah Iraq yang dicuri tentera-tentera kafir itu). Walaupun pembelot-pembelot itu berasa selamat berada di bawah ketiak Amerika, mereka kehilangan banyak nyawa di tangan pejuang Iraq. Apabila Amerika dan sekutunya melancarkan serangan ke atas bandar-bandar dan kampung-kampung di Iraq, askar-askar boneka akan diletakkan di barisan hadapan, sedang tentera kafir di belakang mereka. Sekiranya penduduk kampung/bandar berjaya di dalam peperangan, maka ramai askar-askar boneka yang melayang nyawa. Tidak kurang juga askar kafir yang terbunuh. Tetapi jika sebaliknya berlaku (apabila Tentera kafir dan tentera boneka berjaya menawan sesuatu bandar/kampung, maka kesemua binatang ini akan menambil kesempatan melakukan kekejaman ke atas orang awam dengan menyeksa mereka sewenang-wenangnya, mencuri harta benda, merogol wanita dan gadis, Serta berbagai kekejaman lagi).
Ada juga segelintir penduduk-penduduk kampung yang telah dibayar oleh tentera kafir untuk menjadi pengintip bagi pihak mereka. Penduduk kampung yang munafik ini menyalurkan maklumat tentang kedudukan pejuang, atau memberitahu secara spesifik individu yang terlibat dengan perjuangan menentang penjajahan. Teknik yang paling biasa digunakan oleh tentera kafir apabila mendapat tahu identiti individu yang terlibat memerangi mereka ialah dengan menangkap seluruh ahli keluarga pejuang dan mengebom rumah mereka. Pemberi maklumat ini juga mengambil kesempatan dengan memberi maklumat palsu supaya tertangkapnya mereka yang ada permusuhan peribadi pemberi maklumat pada masa zaman sebelum perang. Akibatnya, ramai yang menjadi mangsa akibat balas dendam, peribadi. Namun semangat perjuangan rakyat Iraq yang cintakan agamanya tidak pernah padam, Alhamdulillah. Serangan dari pejuang terhadap tentera kafir dan boneka meningkat sehingga 100 serangan sehari. Kematian dan kecederaan di pihak musuh semakin hari semakin parah.
Orang-orang awam terus menjadi mangsa kekejaman tentera kafir dan boneka. Setiap hari, tentera kafir akan menceroboh rumah penduduk awam sesuka hati atas alasan mencari pejuang. Penduduk-penduduk yang kebanyakannya dari golongan Sunnah akan ditangkap dan dipenjarakan di penjara-penjara yang dikendalikan oleh askar-askar kafir dan boneka. Wanita, orang tua dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang semuda 8 tahun turut dipenjarakan. Di dalam penjara, wanita serta gadis-gadis iraq dirogol beramai-ramai dan aksi rogol tersebut divideokan dan difotokan untuk dijual secara eksklusif kepada ahli-ahli politik dan orang-orang kaya syaitan Amerika yang gila untuk menjadi bahan tontonon keseronokan mereka. Kanak-kanak perempuan juga turut menjadi alat pemuas nafsu askar-askar kafir yang celaka itu manakala kanak-kanak lelaki pula menjadi mangsa askar-askar serta pegawai-pegawai tentera kafir yang homoseksual. Kebanyakan mangsa diberi dadah (yang dimasukkan ke dlm makanan dan minuman) sebelum dirogol. Bayangkanlah wahai saudara-saudara ku sekelian.
Seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di penjara Abu Gharib. Betapa dahsyat apa yang kita saksikan berlaku di situ melalui foto-foto yang kita lihat tersiar di dada akhbar dan laman web. Malahan, terdapat banyak lagi foto-foto ngeri tentang penyeksaan dan penderaan seksual ke atas tahanan lelaki, wanita serta kanak-kanak yang masih tersimpan rapat di dalam peti rahsia di Pentagon USA.
Tentera kafir Amerika mengguna segala macam taktik yang amat kotor untuk memusnahkan Iraq dan penduduknya. Salah satu contohnya adalah kejadian serangan ke atas bandar Al-Qaim, sebuah bandar yang mempunyai 25,000 penduduk di utara Iraq yang terletak berhampiran dengan Sungai Furat (Euphrates). 4000 Tentera kafir dan 2000 tentera boneka telah mengepung bandar ini pada bulan September 2005 dari semua arah. Tangki air utama dan tempat menyimpan makanan utama diletupkan dengan menggunakan jet pejuang. Bekalan elektrik diputuskan. Dalam masa 4 hari bandar itu dibedil oleh meriam dan kereta kebal yang berjumlah 400 unit semuanya yang berkubu di luar kota. Orang luar termasuk doktor dan jururawat di larang masuk untuk memberi bantuan makanan dan perubatan. Penduduk tempatan terus bertahan dan memberi tentangan dengan senjata ringan dengan penuh semangat jihad. Selepas 4 hari bekalan makanan dan air mula kehabisan. Akibat dahaga, wanita dan kanak-kanak terpaksa ke sungai Furat untuk mendapatkan air minuman. Malangnya tentera kafir Amerika telah menempatkan ‘snipers’ (penembak tepat) mereka di sepanjang sungai. Ramai wanita dan kanak-kanak menjadi korban tembakan ‘snipers’ yang berhati syaitan itu ketika mengambil air. Selepas seminggu bandar itu dikepung, Allah ta’ala telah memberi kemenangan kepada kaum muslimin apabila penduduk-penduduk dari bandar dan perkampungan lain datang memberi bantuan dengan mengepung dan menyerang tentera kafir dan boneka dari arah luar.
Falujah, kota seribu masjid dengan penduduk seramai 300,000 orang telah di bom dengan teruk oleh jet-jet dan pesawat-pesawat dari sebelah atas; dan dari sebelah bawah pula, mereka mengebom dengan menggunakan artileri berat (meriam besar dan kereta kebal). Beribu-ribu orang awam terbunuh. Tidak kurang juga yang cedera terkena serpihan bom atau tembakan snipers kafir Amerika. Terdapat kejadian orang-orang awam yang tidak boleh bergerak akibat kecederaan tersadai di jalan raya. Lebih malang lagi, mangsa-mangsa yang masih hidup ini (termasuk kanak-kanak) telah digilis pula dengan sengaja oleh kereta kebal-kereta kebal Amerika Laknatullah sehingga hancur berkecai. Doktor dan jururawat telah dihalang dari memasuki kawasan yang diserang untuk membantu orang awam yang cedera. Ada doktor dan jururawat yang berdegil untuk memberi bantuan dibunuh oleh tentera-tentera Syaitan itu. Ambulan di tembak dan paramedik juga dibunuh kejam. Orang awam yang cedera yang masih hidup terus dibiarkan mati perlahan-lahan akibat kehilangan banyak darah. Begitu juga dengan nasib wartawan yang ingin membawa berita tentang kejadian sebenar juga dibunuh. Tidak kurang dari 80 orang wartawan yang telah dibunuh oleh tentera kafir kebanyakannya dari Agensi berita Al Jazeera dan Mafkarat Al Islam.
Ada kejadian di mana kanak-kanak sekolah Iraq ditembak oleh askar-askar syaitan Amerika yang menganggapnya satu permainan dengan mempertaruhkan wang siapa yang dapat menembak kanak-kanak Iraq dengan tepat dari jarak tertentu. Berbagai jenis kezaliman yang telah dilakukan oleh tentera Syaitan dan sekutunya yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Segala macam jenis Bom telah digunakan oleh tentera kafir untuk membunuh saudara-saudara kita di Iraq. Antara jenis-jenis bom yang digunakan selain dari bom-bom pemusnah biasa ialah bom kimia yang dikenali dengan nama WP (White Phosphorus). Apabila WP terkena kepada kulit mangsa, ia akan menghasilkan tindakbalas kimia terhadap tisu badan yang menyebabkan kulit dan daging gugur ke bumi terpisah dari tulang. Jika terkena, tidak ada apa yang dapat menghentikannya, walaupun dicuci dengan air. Bahan kimia ini hanya bertindak balas pada anggota manusia tetapi tidak dengan kain atau bahan lain. Oleh itu, kebanyakan jenazah mangsa tinggal tulang tetapi pakaian mereka tidak terjejas. (untuk mendapat gambaran yang lebih jelas sila kunjungi http://dahrjamailiraq.com/gallery/view_album.php?set_albumName=album32 ) Selain dari bom kimia, mereka juga menggunakan bom Napalm yang pernah digunakan di Vietnam. Bom ini adalah jenis bom api yang membakar segala benda yang berada di atas permukaan bumi dan di bawahnya. Beribu-ribu rakyat Iraq yang rentung menjadi arang akibat bom ini termasuklah juga haiwan ternakan. Bom Cluster pula memainkan peranan membunuh generasi Iraq untuk jangkamasa pendek dan panjang. Bom ini merupakan bom besar yang mengandungi 1500 bom-bom kecil di dalamnya yang menyerupai bentuk kapal terbang permainan. Apabila bom ini jatuh ke bumi, hanya sebahagian kecil yang akan meletup manakala sebahagian besar lagi hanya akan meletup apabila disentuh. Kanak-kanak ramai yang menjadi korban kerana menyangka bom itu ‘kapal tebang permainan’. Sejenis lagi bom yang digunakan khusus terhadap pejuang Iraq ialah bom dadah yang ditembak menggunakan meriam. Bom ini digunakan untuk melemahkan pejuang supaya mudah bagi tenetra kafir membunuh mereka. Jenayah paling busuk yang mereka lakukan terhadap penduduk Iraq ialah dengan menyebarkan bahan radioaktif dan toksik berbisa di bumi Iraq yang dikenali dengan DU (Depleted Uranium). DU merupakan sisa buangan nuklear yang sangat-sangat merbahaya kepada manusia. Bahan ini akan meresap ke dalam tanah dan akan terus tertanam di situ untuk hampir selama-lamanya kerana kesan akibat pencemarannya mengambil masa sehingga 4 bilion tahun untuk pulih. Sekiranya wanita mengandung terhidu bahan kimia tersebut, ia akan menyebabkan wanita itu maut secara perlahan-lahan dengan mereputkan organ-organ di dalam badan manakala bayi yang dilahirkan akan cacat (menjadi seperti makhluk asing) dan tidak akan dapat bertahan untuk hidup. Orang lelaki yang terhidu juga akan mengalami nasib yang sama yang bukan hanya merosakkan anggota badan sahaja, malah DNA seseorang itu. Walaupun orang yang terkena bahan kimia ini berkahwin dengan perempuan yang tidak cemari DU, bayi yang bakal dilahirkan akan menerima nasib yang sama. (untuk gambaran lanjut, sila kunjungi www.albasrah.net) Sehingga kini, tidak kurang dari 3000 tan bahan ini telah dibuang ke bumi Iraq. Ini untuk memastikan generasi Muslim Iraq akan terus terhapus dari peta dunia.
(Untuk berita semasa – www.uruknet.info)
Kesemua jenis bom ini telah diharamkan penggunaannya oleh PBB, Konvensyen Geneva, Undang-undang antarabangsa….hakikatnya, yang tukang buat undang-undang itu semua adalah dari kalangan mereka juga.…… Hanya Allah yang dapat menyelamatkan kita semua dari kedurjanaan dari golongan Kafir laknatullah ini.
(Ali Imran 3:54) “Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancang tipu, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”
Cara yang paling bacul yang pernah digunakan tentera kafir dan sekutu-sekutu syaitannya ialah dengan menggunakan perisai manusia apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Mujahidin Iraq yang tidak kenal erti takut dan letih. Tentera-tentera Syaitan Amerika akan menangkap orang-orang tua dan kanak-kanak lalu mengikat mereka di atas kereta kebal-kereta kebal supaya pejuang tidak boleh membedil mereka. Sungguh pengecut tentera-tentera kafir ini apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Muslimin.
Walaupun tentera kafir dan boneka berjaya menawan beberapa bandar-bandar di Iraq, mereka tidak dapat bertahan lama menguasai bandar-bandar iraq
kerana kawasan operasi yang luas dengan jumlah askar yang terhad. Selepas beberapa minggu mereka terpaksa bergegas ke tempat lain dan bandar tersebut akan diserahkan kepada tentera dan polis boneka yang kurang terlatih yang menjadi sasaran mudah kepada pejuang dan sekaligus dapat menakluki kembali bandar tersebut dengan mudah dalam masa yang singkat. Walau apa pun kaedah dan strategi yang digunakan oleh tentera-tentera kafir dan sekutunya, mereka sama sekali gagal mengekang kebangkitan perjuangan Mujahidin bukan sahaja di Iraq malahan di seluruh dunia. Semuga Allah terus memberi kekuatan dan kemenangan kepada saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Iraq, Palestin, Afghanistan, Kashmir, Chechnya dan di seluruh muka bumi Allah ini di dalam menegakkan kembali maruah agama dari pencabulan musuh yang yang paling durjana dalam sejarah manusia, Imperialis Neo Con Amerika dan Zionis Israel.
Amerika sedang mengalami kekalahan sebenarnya. Mereka tidak menyangka orang Islam di Iraq memberi tentangan yang sungguh hebat. Mereka buntu dalam mencari jalan untuk melemahkan pejuang Mujahidin, malah mereka yang semakin lemah dari sehari ke sehari dengan kos perbelanjaan untuk perang di Iraq telah meningkat melebihi USD 8 bilion sebulan. Di tambah pula dengan kadar kematian dan kecederaan askar yang tinggi. Jumlah kematian yang di war-warkan Washington jauh lebih rendah dari jumlah kematian yang sebenarnya. Jumlah kecederaan serius yang tidak memungkinkan askar Amerika untuk kembali berkhidmat sudah melebihi 50,000 anggota.
Terkadang secara sedar atau tidak, sebahagian kita termakan juga dakyah dan propaganda yang dilakukan oleh puak salib dan zionis dengan melabel umat Islam sebagai pengganas. Yang sedihnya, kita sendiri memanggil sebahagian dari saudara-saudara kita pengganas semata-mata kerana barat dan Israel melabel mereka pengganas. Sedangkan pengganas yang sebenarnya seperti Bush, Blair, Ariel Sharon, tentera Amerika, tentera britain, Mossad (tentera elit Israel yang mencolek dan membunuh beribu manusia di seluruh dunia) , tentera Australia, tentera Poland, tentera Itali dan ramai lagi; siapa mereka ini? Bukankah mereka ini pengganas yang paling ganas dalam dunia? Amerika membunuh 3 juta orang awam Vietnam dan memusnahkan negara mereka. Perbuatan Raja segala PENGGANAS dalam dunia ini terlepas dengan begitu sahaja tanpa sebarang rasa bersalah jauh sekali dari dihukum. Semenjak era Ariel Sharon menjadi Menteri Pertahanan Israel awal 80an sehingga ke era dia sebagai Perdana Menteri Israel, lebih 20,000 masyarakat Islam Palestine dan Lubnan terkorban angkara perbuatan Syaitan Laknatullah berwajah manusia ini. Seluruh dunia tutup mata kalau yang mengganas itu puak Salib atau Yahudi. Apabila lebih 250,000 orang Islam disembelih dan lebih 25,000 wanita Islam diperkosa dan dijadikan hamba seks oleh puak Kristian Serbia, seluruh dunia memejamkan mata dan memekakkan telinga. Yang peliknya, negara Islam lebih tuli dan bisu dari negara bukan Islam! Apakah yang sudah terjadi kepada seluruh umat Islam? Mutakhir ini kita dikejutkan pula dengan pendedahan bahawa terdapat banyak penjara-penjara rahsia yang dibina oleh Kerajaan jahat Amerika khusus bagi menempatkan orang-orang Islam yang dicolek dari seluruh dunia. Di situ mereka akan diseksa dan seterusnya dibunuh dengan kejam. Penjara-penjara ini dikenal pasti dibina di negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Romania adalah negara pertama setakat ini yang disiasat berkenaan dengan kes tersebut. Bayangkan saudara dan saudari, jika hari ini kita memekakkan telinga membutakan mata tanpa berbuat sesuatu, mungkin satu hari nanti akan tiba giliran kita pula.
Berdoa dan terus berdoa untuk saudara-saudara kita sambil berusaha melakukan sesuatu.
Berusaha untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada agama dengan mengamalkan syariat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sebaik mungkin. Hanya dengan cara ini, umat Islam akan kembali bangkit ke era kegemilangannya. Kekuatan umat Islam yang sebenarnya terletak kepada jiwanya yang beragama, bukan senjata dan harta benda semata-mata.
Bagi kita orang awam yang serba kekurangan dalam banyak segi, elok juga kita mulakan mengorak langkah seperti yang diseru oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tirmizi : ”Takutilah Allah, walau sesiapapun kamu; susulilah perbuatan jahat dengan perbuatan baik yang akan melenyapkan (perbuatan buruk yang lalu), dan sentiasalah berbuat baik kepada orang lain.”
Di samping memperbaiki diri sendiri, tidak sama sekali dilupakan kepada pelaksanaan amar ma’aruf nahi mungkar, (Mengajak berbuat baik dan mencegah perbuatan jahat) kerana ianya merupakan tugas yang amat penting di dalam membina umat Nabi Muhammad saw yang berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk Allah.
(Ali Imran 3:110) Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Sabda Rasulullah: ”Apabila kamu melihat perbuatan yang mungkar, hendaklah kamu cegah dengan tanganmu, kalau tak mampu, dengan lidahmu, kalau tak mampu juga dengan hati, maka yang terakhir adalah selemah-lemah Iman.” (Riwayat Muslim)
BOIKOT
Kenapa perlu boikot? Setiap ringgit yang kita belanjakan untuk membeli produk keluaran Amerika (Coca Cola, Pepsi, Mirinda, Johnson&Johnson, Levi’s, Caltex, Esso, McDonald, dan banyak lagi – Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://www.boicot-us.com/). akan secara langsung atau tidak akan menyumbangkan kepada kekukuhan ekonominya. Dengan kekukuhan ekonomi, mereka dapat mencipta lebih banyak senjata pembunuh dan pemusnah yang digunakan terutamanya ke atas Umat Islam bukan sahaja di Iraq, Afghanistan, Palestin, malahan di seluruh muka bumi ini pada suatu hari nanti. Negara haram Israel akan terus berdiri kukuh dengan merampas tanah orang Palestin dan membunuh mereka. Pada bulan November lalu, Dunia Hari Ini (RTM) melapurkan 3000 kanak-kanak Palestine yang berusia di bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) ditahan di penjara-penjara Israel. Kanak-kanak ini terdedah kepada penderaan fizikal, mental dan seksual yang dilakukan oleh tentera-tentera Syaitan Israel setiap hari. Tidak kurang juga wanita-wanita Palestin yang menjadi mangsa. Semenjak tahun 1967, lebih 650,000 rakyat Palestin telah ditangkap dan dipenjarakan. Seperti juga di Iraq, senjata kimia juga digunakan secara meluas untuk menghapuskan orang-orang Islam Palestin. Kebun-kebun tanaman masyarakat Palestine dimusnahkan, perniagaan dan perdagangan dihancurkan, rumah dan sekolah dibom sepanjang masa. Hatta tempat-tempat menyimpan air bagi rakyat Palestin juga diracuni oleh Zionis Israel yang jahat itu.
Peristiwa penyembelihan di Shabra dan Shatila (kem pelarian Palestin yang terletak di sempadan Lubnan) pada 16 September 1982, menyaksikan lebih 3000 pelarian Palestin yang tinggal di kem-kem sementara telah dibunuh dengan kejam oleh pengganas Israel yang dibantu oleh kumpulan Falangis (kumpulan pengganas kejam Kristian Lubnan). Pembunuhan kejam itu dilakukan dalam masa 36 jam. Kanak-kanak disembelih di hadapan ibu-ibu mereka. Wanita dan gadis diperkosa. Orang-orang tua disiksa dengan memotong anggota badan termasuk mencungkil keluar mata dan dibiarkan mati perlahan-lahan. Bayangkan….tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan yang berlaku pada waktu itu. Jika ini boleh berlaku di Palestin, ianya mungkin pada bila-bila masa boleh berlaku di tempat kita sekiranya kita terus mengambil langkah mendiamkan diri dan berpeluk tubuh.
Sebagai pengguna, kita mampu memainkan peranan untuk merubah keadaan. Kalau tak mampu boikot semua produk keluaran Amerika dan syarikat yang menyokong Israel, kita bermula dengan beberapa item yang kita mampu dulu, InsyaAllah. Kita sebagai Insan yang lemah hanya merancang, mencari ikhtiar dan berusaha, Allah Taa’la yang Maha menentukan.
(Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka, kita masih mampu mengubah keadaan dengan lidah dan tangan. Sebagai pengguna pula, kita masih mampu untuk berbuat sesuatu dengan kuasa membeli yang ada pada kita.)
Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, seekor burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya untuk cuba membantu memadamkan api yang membakar. Burung-burung yang lain mengatakan apalah gunanya engkau membawa beberapa titis air untuk memadamkan api yang menggunung itu. Belumpun sempat air itu jatuh, sudah tentu hilang sekelip mata akibat kepanasan api. Burung yang cuba membantu menjawab, “sekurang-kurangnya, aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba berbuat sesuatu. Setidak-tidaknya aku telah berusaha setakat termampu untuk menyelamatkan agama Allah di atas muka bumi ini.”
(Ar Raad 13:11) “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasnya dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”
Apakah matlamat yang ingin dicapai dengan memboikot?
Aktiviti pemboikotan barangan negara-negara yang terlibat dalam keganasan membunuh Umat Islam bukan sahaja dipraktikkan oleh kita di Malaysia sahaja malahan di merata tempat di seluruh dunia dengan matlamat untuk menghentikan keganasan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap orang awam yang tidak berdosa. Penduduk di negara-negara Timur Tengah telah lama mengambil langkah ini. Sebahagian rakyat Eropah misalnya dari Norway, Belgium, Greece, Perancis, Spanyol dan lain-lain lagi telahpun secara terbuka memulau barangan Amerika, Israel dan negara penyokong mereka. InsyaAllah, dengan gabungan ini, tidak dapat tidak, syarikat-syarikat gergasi Amerika terutamanya akan terasa juga bahangnya. Hanya 10% penurunan dalam jualan mereka di seluruh dunia akan membuatkan pelabur-pelabur mereka melompat dari kerusi. Ini akan memaksa mereka untuk mengkaji dan menilai kembali sokongan terhadap dasar luar kerajaan mereka yang ganas.
Cari Alternatif – Alhamdulillah, mutakhir ini, telah terdapat banyak produk kegunaan harian keluaran Malaysia yang lebih murah dan bermutu tinggi. Kalau dahulu, kita hanya kenal Colgate dan Darlie, tetapi hari ini kita dapat berbangga dengan produk ubat gigi keluaran negara kita sendiri seperti Safi, Najwa, Halagel, Mukmin, Raiya yang kesemuanya berstatus Halal. Begitu juga dengan produk sabun, kita sudah punya banyak alternatif lain selain dari Fab (USA) dan Breeze (England); misalnya Puteri Emas, Daia, Harimau Kuat dan banyak lagi. Nestle merupakan salah satu penyumbang utama kepada Ekonomi Israel. Oleh itu, carilah alternatif kepada Milo >>>(Vico – buatan Malaysia), Maggi mee >>>(Mamee, Adabi, Rusky – Malaysia, Indo Mi - Indonesia), Cap Teko, Cap Junjung >>> (Marigold, F&N, Dairy Champ – Malaysia), Necafe >>> (Gold Choice, Super CoffeeMix – Malaysia, Indocafe-Indonesia) dan banyak lagi pilihan yang lain dengan kualiti yang setanding dan harga yang lebih murah.
Adakah cara ini efektif? Proses pemulauan barangan pernah dilakukan oleh sebahagian penduduk dunia ke atas regim kulit putih Apartheid di Afrika Selatan yang menindas kaum kulit hitam berabad lamanya. Hasilnya, ekonomi regim Apartheid terpukul dan seterusnya melemahkan mereka dan akhirnya terpaksa menyerahkan kembali negara tersebut kepada mereka yang berhak. Ini memberi ruang kepada penduduk asal menikmati kembali hak mereka di mana Presiden Nelson Mandela yang dipenjarakan oleh tentera regim berbelas tahun lamanya akhirnya dibebaskan.
Bagi negara-negara Salib, kekuatan ekonomi merupakan kunci bagi mereka menakluki dunia dan menjalankan aktiviti keganasan sesuka hati mereka. Kebanyakan punca kekayaan yang mereka perolehi semenjak berkurun dulu datang dari hasil rompakan yang mereka lakukan ke atas negara-negara timur dan Afrika. Tidak terkecuali, suatu masa dulu negara kita pernah dijajah oleh tentera-tentera salib dari Portugal, Belanda dan England. Mereka merompak hampir semua hasil mahsul negara kita sepanjang tempoh 446 tahun mengganas di Tanah Melayu.
PERPADUAN merupakan dinamo yang memperkasakan umat Islam. Kita tidak mampu untuk mengharungi ujian akhir zaman ini berseorangan tanpa bersatu.
(Ali Imran : 103) ”Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai.”
Apabila menegur kesalahan orang lain, gunakanlah hikmah supaya tidak berlaku perpecahan antara kita (tegas tapi lembut). Maafkanlah sesama kita (Jangan tunggu Hari Raya). Buang yang keruh ambil yang jernih. Banyakkan berbincang dan bermesyuarat dengan kaum kerabat semuga keputusan yang diambil nanti sebulat suara dan dapat dilaksanakan dengan satu hati, moga Allah Ta’ala memberi petunjukNya dan memimpin kita ke jalan yang diredainya. Syura merupakan sendi masyarakat Islam yang akan membentuk keutuhan organisasi. Apabila bersyura, beri peluang kepada semua orang untuk memberi pendapat. Jangan pandang rendah kepada pendapat orang lain.
(Ali Imran : 159) ”Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudia apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dilakukan dan difikirkan. Kalau fikir banyak-banyak pening jadinya. Tak tahu di mana nak bermula. Sekurang-kurangnya, saranan di atas merupakan satu titik permulaan untuk kita usahakan bersama, sebagai hamba yang lemah dan hina ini; serta serba tidak tahu melainkan dengan ilmu yang sangat sedikit yang diizinkan Allah yang Maha Tahu. Tanpa Petunjuk, Pimpinan, Bantuan dan Sokongan Allah yang Rahim, mana mungkin kita akan mampu melepasi ujian yang amat berat ini. Kemampuan akal kita amat terbatas untuk memahami dan menilai banyak perkara hanya bersandarkan kepada apa yang ternampak oleh mata kasar semata-mata.
(Al Insan : 2) ”Sesungguhnya kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur, serta kami tetap mengujinya...”
Kita dilahirkan dalam zaman yang paling mencabar dalam sejarah manusia. Zaman yang paling banyak fitnah berkumpul. Tanpa Rahmat dan Petunjuk Allah, habislah kita.
Satu-satu cara untuk kembali bangkit sebagai umat yang disegani ialah hanya dengan kembali kepada ajaran Islam yang syumul (menyeluruh) dengan bersandarkan kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Mengamal syariat Islam di dalam seluruh aspek kehidupan termasuk juga di dalam bidang perniagaan, pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan dan sebagainya.
Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang selama mana kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasulullah. –maksud hadis.
Sabda Rasulullah s.a.w : ”Aku berwasiat (berpesan) kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah AzzaWajalla dan mendengarkan serta taat sekalipun seorang hamba yang memerintah kamu. Kerana sesungguhnya barang siapa yang hidup di antara kamu, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Sebab itu maka hendaklah berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah Ar Rasyidin Al Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat kepimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah dengan gigi geraham kamu. Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baru baru diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu sesat.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Saranan ringkas yang hamba nukilkan mungkin banyak kekurangan dan kelemahannya. Maafkan hamba sekiranya terdapat kekhilafan di dalam tulisan ini. Semuga kita dapat bersama memperbaikinya dan mengelokkannya.
Sesungguhnya, Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri penulis sendiri.”
”...dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa selain Allah...”
~Ali Imran : 135~
”Ya Tuhan, halakanlah kebingungan hatiku kepada nur cahayaMu, dan tindak tandukku yang keliru kepada jalanMu yang lurus.” – Ameen.
Kuala Terengganu
3 comments:
depa blh tuduh mcm2 ..tapi pd masa yg sama depa jugak la yang mengharap supply minyak dari negara umat islam.
satu benda yg ana tak tahan .. ada org sanggup cium tangan askar amerika
dasar yahudi dan nasara LaknatuLLah.. mmg mcm tu... mereka akan tentang Islam sehingga umat Islam tunduk kpd mereka... (Walan tardho 'ankal yahud walan nasoro hatta tattabi'a millatahum)
Yang paling celaka sebenarnya ialah pemimpin2 negara arab yg buat2 tak tau je pasal Palestina dll.... termasuk la pemimpin Malaysia, dayus!!
This iss great
Post a Comment