Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Saturday, April 5, 2008

Permit Penerbitan Akhbar Pakatan Rakyat..

Statement rasmi yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri:



Per:Permit Penerbitan Akhbar Pakatan Rakyat
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan dukacitanya Kerajaan BN terpaksa memaklumkan kepada Pakatan Rakyat bahawa permohonan Pakatan Rakyat untuk menerbitkan akhbar sendiri terpaksa di tolak atas sebab-sebab yang berikut:

1. Masyarakat Malaysia akan bertambah majmuk dan bersatu padu;

2. Menyebabkan Pemimpin Kerajaan mengalami kerugian ber Trillion ringgit kerana tidak dapat menipu rakyat;

3. Menyebabkan rakyat semakin cakna akan penipuan Barisan Nasional;

4. Menyebabkan Pemimpin tertekan untuk memenjarakan kroni-kroninya lantaran pendedahan berlebihan dari akhbar Pakatan Rakyat;

5. Menyebabkan amalan rasuah, yang menjadi tunjang pemerintahan kerajaan BN sukar untuk di teruskan lagi;

6. Menyukarkan kerajaan BN untuk terus memenangi kerusi-kerusi DUN dan Parlimen dalam Pilihanraya ke-13 kerana segala salah laku dan pecah amanah oleh SPR akan didedahkan;

7. Menyukarkan kerajaan BN untuk terus memerintah kerana dasar pecah perintah berdasarkan perkauman akan menemui kegagalan;

8. Menyedarkan rakyat yang selama ini BN tidak telus, tidak ikhlas dan tidak jujur dalam mentadbir kerajaan;

9. Kerajaan akan rugi berbillion ringgit setahun untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa harga barang naik, yuran sekolah naik, petrol naik, gaji tak naik semata-mata kerana dakyah palsu dari PR bahawa semua harga boleh di turunkan;

10.Kerajaan tidak dapat meneruskan kempen Islam Hadhari dengan jayanya kerana Sudut Agama dalam akhbar PR akan mendedahkan serta membahaskan kepincangan Islam Hadari itu.

Setelah kajian secara terperinci telah dilakukan oleh kerajaan BN, dengan ini kerajaan terpaksa memutuskan untuk tidak memberi permit mencetak sebarang akhbar rasmi PR. Malahan kerajaan BN juga sedang menimbangkan untuk menarik balik permit yang telah tersalah beri kepada PAS untuk menerbitkan Harakah.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan jua,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

No comments: