Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Wednesday, April 2, 2008

Pemimpin Muslim Terus Terhina

Sudah terlalu banyak penghinaan yang dilakukan oleh pihak kufar Barat kepada Islam dan umat Islam. Sudah berapa kali agama Islam dihina, Rasulullah SAW dihina dan kini al-Quran pula dihina. Kebencian orang-orang kafir kepada Islam sesungguhnya tidak akan pudar sampai bila-bila.

Firman Allah,

“...Telah nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
[TMQ Ali Imran (3):118].

Malangnya umat Islam itu sendiri yang masih tidak sedar akan hakikat ini dan hanya memilih ‘jalan aman’. Walhal jalan aman ini tidak pernah berkesan dan jalan aman inilah yang menyebabkan golongan kuffar ini terus berani menghina Islam.

Memboikot barangan keluaran Belanda memanglah wajar dalam keadaan ini. Tapi apa yang umat Islam perlu fikirkan dengan lebih mendalam adalah, apakah cukup sekadar boikot? Setiap kali negara kufur menghina Islam maka barangan mereka diboikot, setelah agak lama, isu ini sepi semula dan barangan tersebut dibeli semula. Inilah yang terjadi atau dilakukan secara berulang- ulang oleh umat Islam, hakikatnya KFC masih terus wujud, McDonald masih terus beroperasi, Starbucks masih mengembangkan cawangannya, handphone buatan Amerika dan Israel semakin laris dan sebagainya.

Justeru, berkesankah (untuk menghentikan penghinaan ini) dengan hanya sekadar memboikot barangan, dan yang lebih penting, apakah (cara) ini yang dituntut oleh Allah untuk dilakukan oleh kaum Muslimin apabila agamaNya dihina?

Amat melucukan juga apabila ingin memboikot, tapi hanya ditujukan kepada beberapa barangan yang terpilih sahaja. Inilah kekeliruan pemikiran yang ada pada umat Islam. Dalam memboikot barangan halal ini, sebahagian besar umat Islam tidak langsung memandang kepada produk-produk Barat yang jelas-jelas kufur seperti liberalisme, HAM, sekularisme, freedom, nation-state, pluralisme, feminisme dan seumpamanya. Produk haram inilah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam.

Bagi penguasa umat Islam pula, apakah yang mereka lakukan? Sekadar mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menghina Islam? Di manakah kejantanan mereka? Atau kebaculan yang mereka zahirkan? Di manakah tentera-tentera mereka? Untuk apakah mereka simpan tentera-tentera ini jika bukan untuk jihad fi sabilillah menghapuskan orang-orang kafir yang menghina Islam? Apakah tentera-tentera ini sekadar diguna untuk berkhidmat menjadi pengaman di bawah naungan badan dan bendera kufur PBB?

Bagi tentera kaum Muslimin, tidak mendidihkah darah kalian melihat agama Allah ini dihina? Tidak menggelegakkah darah kalian untuk mati di jalan Allah mempertahankan agama ini, yang mana syurga adalah balasan yang pasti bagi kalian? Kenapakah kalian masih tetap taat kepada pemerintah yang bacul yang memandulkan kalian semua dari jalan Allah?

Telitilah apa yang pernah dilakukan oleh generasi awal Islam apabila Islam dan umat Islam dihina. Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah di mana salah seorang Khalifahnya yang bernama Muktasim telah mengerah tentera Islam agar menyerang golongan kafir yang mengkhianati seorang perempuan Muslimah. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang perempuan itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina umat Islam.

Maka, belum tibakah saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan umat Islam agama Allah ini dihina oleh musuh-musuh Islam.

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Islam ini dengan pemikiran dan perasan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk menutup mulut celupar sang kafir yang menghina kitab
suci Al-Quran.

No comments: