Allah's Words..

Mari Cuba Try Test Baja POWER!

supermyplantfood

QuickPost Contact me: 016-5665584(pengedar di Perak n Penang) Klik imej di atas bagi mendapatkan baja berteknologi tinggi ini untuk hasil lumayan bagi tanaman anda!

Blog Headlines

Thursday, April 3, 2008

Solat Berjemaah Menurut Pandangan Saintis Barat..

Seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam.


Menurutnya, tubuh badan manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita, menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti- aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.

Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi,apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan.

Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), sebanyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar). Solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam.


"BN Diikat Tangan Ke Belakang Semasa PRU12"

dari http://aneroid09.blogspot.com/

Petikan dari Berita Harian 3 April 2008:

Muhammad berkata, antara faktor kemerosotan sokongan terhadap BN ialah dakyah pembangkang yang disebarkan menerusi blog dan laman berita antikerajaan serta pengedaran cakera padat video (VCD) kononnya pihak berkuasa bertindak melampau ketika merobohkan sebuah kuil Hindu dua hari sebelum hari mengundi.

Katanya, pembohongan pembangkang itu dilakukan secara berterusan menerusi internet sehingga ramai pengundi terpengaruh dan membenci kerajaan.

"Ia sudah jadi pilihan raya maya, bukan pilihan raya realiti. BN tewas dalam pilihan raya maya. Tak adil berlawan cara ini, seolah-olah BN diikat tangan ke belakang," katanya yang mengakui pembangkang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mempengaruhi pengundi. - Berita Harian Online


Siapa pulak yang ikat siapa? Andai kata BN memang diikat satu daripada berpuluh-puluh sesungut (anggap BN mamcam sotong kurita),maka RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Utusan Melayu, Berita Harian, NST dan banyak lagi sesungut BN yang masih boleh diguna untuk membelit musuh-musuhnya.

Dan, internet, tiada siapa yang menyekatnya. Kalaupun boleh sekat, hanya kerajaan saja boleh sekat. Tidak wajar tuduh bahawa BN diikat tangan ke belakang. Cakap saja laa tak ada kepakaran. Ataupun BN sudah selesa dengan sesungut-sesungut nya yang lain. Tambahan pula sesungut-sesunggut besar yang lain seperti Polis, SPR dan Badan Kehakiman.

Andaikata BN Menang besar PRU12 lalu, pasti akan terpapar kenyataan "Berita-berita blog ditolak rakyat", "Rakyat menolak usaha bloggers fitnah BN", "kempen pembangkang di internet tidak mendapat sambutan" dan sebagainya. Lucu sekali apabila kalah, mereka mengatakan BN diikat tangan ke belakang!

Wednesday, April 2, 2008

Apa Bezanya Filem 'Fitna' Belanda dengan filem 'Akhirat' Malaysia?

Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.


Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.




Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.


Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi
4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.
"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya.
Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.

Pemimpin Muslim Terus Terhina

Sudah terlalu banyak penghinaan yang dilakukan oleh pihak kufar Barat kepada Islam dan umat Islam. Sudah berapa kali agama Islam dihina, Rasulullah SAW dihina dan kini al-Quran pula dihina. Kebencian orang-orang kafir kepada Islam sesungguhnya tidak akan pudar sampai bila-bila.

Firman Allah,

“...Telah nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
[TMQ Ali Imran (3):118].

Malangnya umat Islam itu sendiri yang masih tidak sedar akan hakikat ini dan hanya memilih ‘jalan aman’. Walhal jalan aman ini tidak pernah berkesan dan jalan aman inilah yang menyebabkan golongan kuffar ini terus berani menghina Islam.

Memboikot barangan keluaran Belanda memanglah wajar dalam keadaan ini. Tapi apa yang umat Islam perlu fikirkan dengan lebih mendalam adalah, apakah cukup sekadar boikot? Setiap kali negara kufur menghina Islam maka barangan mereka diboikot, setelah agak lama, isu ini sepi semula dan barangan tersebut dibeli semula. Inilah yang terjadi atau dilakukan secara berulang- ulang oleh umat Islam, hakikatnya KFC masih terus wujud, McDonald masih terus beroperasi, Starbucks masih mengembangkan cawangannya, handphone buatan Amerika dan Israel semakin laris dan sebagainya.

Justeru, berkesankah (untuk menghentikan penghinaan ini) dengan hanya sekadar memboikot barangan, dan yang lebih penting, apakah (cara) ini yang dituntut oleh Allah untuk dilakukan oleh kaum Muslimin apabila agamaNya dihina?

Amat melucukan juga apabila ingin memboikot, tapi hanya ditujukan kepada beberapa barangan yang terpilih sahaja. Inilah kekeliruan pemikiran yang ada pada umat Islam. Dalam memboikot barangan halal ini, sebahagian besar umat Islam tidak langsung memandang kepada produk-produk Barat yang jelas-jelas kufur seperti liberalisme, HAM, sekularisme, freedom, nation-state, pluralisme, feminisme dan seumpamanya. Produk haram inilah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam.

Bagi penguasa umat Islam pula, apakah yang mereka lakukan? Sekadar mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menghina Islam? Di manakah kejantanan mereka? Atau kebaculan yang mereka zahirkan? Di manakah tentera-tentera mereka? Untuk apakah mereka simpan tentera-tentera ini jika bukan untuk jihad fi sabilillah menghapuskan orang-orang kafir yang menghina Islam? Apakah tentera-tentera ini sekadar diguna untuk berkhidmat menjadi pengaman di bawah naungan badan dan bendera kufur PBB?

Bagi tentera kaum Muslimin, tidak mendidihkah darah kalian melihat agama Allah ini dihina? Tidak menggelegakkah darah kalian untuk mati di jalan Allah mempertahankan agama ini, yang mana syurga adalah balasan yang pasti bagi kalian? Kenapakah kalian masih tetap taat kepada pemerintah yang bacul yang memandulkan kalian semua dari jalan Allah?

Telitilah apa yang pernah dilakukan oleh generasi awal Islam apabila Islam dan umat Islam dihina. Lupakah kita di zaman Khilafah Abbasiyyah di mana salah seorang Khalifahnya yang bernama Muktasim telah mengerah tentera Islam agar menyerang golongan kafir yang mengkhianati seorang perempuan Muslimah. Jeritan Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! Ya Muktasimah! yang keluar daripada mulut seorang perempuan itu disahut oleh Khalifah Muktasim dengan penghantaran tentera untuk menghapuskan kekuatan kufur yang menghina umat Islam.

Maka, belum tibakah saatnya kita pada hari ini memerlukan seorang pemimpin (Khalifah) seperti Khalifah Muktasim yang berani mempertahankan Islam dan umat Islam agama Allah ini dihina oleh musuh-musuh Islam.

Justeru, marilah kita melihat setiap isu yang berlaku terhadap Islam ini dengan pemikiran dan perasan yang Islami dan bukannya hanya dengan perasaan semata-mata. Rasa marah yang ada hendaklah disalurkan mengikut hukum syarak, bukan mengikut emosi semata-mata. Apakah hukum syarak terhadap orang yang menghina Islam, inilah yang perlu diambil oleh umat Islam. Jihad yang sewajibnya dilancarkan oleh negara adalah satu-satunya jalan untuk menutup mulut celupar sang kafir yang menghina kitab
suci Al-Quran.

Tuesday, April 1, 2008

Keep Pushing UMNO, More You Push, More U Going Down!!!

Selepas tumbangnya BN di Kedah, Penang, Perak dan Selangor (termasuk KL), media-media balaci UMNO (yang paling jahat ialah TV3) sibuk mendedahkan masalah-masalah rakyat setempat bagi menunjukkan bahawa kononnya mereka (kerajaan Persekutuan) amat prihatin terhadap rakyat.


Kejahatan BN melalui TV3 suku terbukti apabila TV3 menyiarkan masalah-masalah yang sudah lama dan masih dihadapi rakyat Selangor sehingga kini. (rujuk Buletin 1.30 TV3, 02 April 2008)

Perkara ini jelas menampakkan bahawa kerajaan BN yang menjadi wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan di negeri-negeri pembangkang sebelum ini adalah buta kayu lagi tak boleh diharap @ hampeh!!... Apa yang kalian buat selama ni? Tido, mengampu, menipu dan makan rasuah (sampai gelap mata hati!!!)

"Empty promises from wakil rakyat since 12 years!!!" kata salah seorang wakil penduduk di Selangor..

Apabila kerajaan gabungan Pakatan Rakyat PKR, DAP, PAS baru mula mengorak melangkah dalam pentadbiran Selangor, media arus perdana (kuda tunggangan UMNO) sibuk menekan Pakatan Rakyat dalam penyampaian berita setiap isu yang di bawa. Sebenarnya mereka telah membuka pekung di dada sendiri apabila menjelaskan sesuatu isu kerana terbukti dengan sendirinya wakil-wakil rakyat mereka tidak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini.

Di Pulau Pinang pula, idea/cadangan (baru sekadar cadangan!) Lim Guan Eng untuk mewujudkan sistem pengangkutan bawah tanah turut diperlekeh dan diperleceh oleh media.. Mereka menggunakan segala cara dan kaedah untuk tujuan ini termasuklah menemuramah pensyarah di universiti tempatan untuk menjelaskan perkara tersebut kononnya dengan cara yang lebih "ilmiah".

Bagi pendokong (gila babi) UMNO, mereka pastinya akan merasa ego (ayat biasa "padan muka korang Pakatan Rakyat, ingat korang terer sangat!"), yang sebenarnya berita-berita seperti ini hanyalah berita untuk menyedapkan hati penyokong-penyokong UMNO totoq...

Hey!! Rakyat dah tahu berfikir laaa... mereka yang masih berkepentingan dalam UMNO sahaja yang masih bersama kamu wahai BN.. Lagi banyak kamu dedah mengenai masalah-masalah, isu-isu rakyat setempat, lagi banyak sebenarnya kamu bongkar bahawa selama ni ADUN2 UMNO memang kaki tido mcm PAK BODOHLAH..

Segala berita dan hanyalah tidak lain untuk kepentingan mereka sahaja..

Pencabulan bidang kewartawanan terus dilakukan oleh UMNO dan BN.. Tahniah!!

Allah bersama kita.. InsyaAllah.. Semoga wakil-wakil rakyat dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat senantiasa berdoa dan bekerja dengan ikhlas ke arah Malaysia yang lebih adil dan harmoni..

Rakyat bersama kalian... Takbir! Allahuakbar!!!


-anak reformis Malaya-
http://fradzar.blogspot.com